Headlines News :
Home » » Kumpulan Muhammad Yamin

Kumpulan Muhammad Yamin

Written By Unknown on Sabtu, 01 Juni 2013 | 16.20

1.Bukit Barisan. Hijau tampaknya Bukit Barisan Berpuncak Tanggamus dengan Singgalang Putuslah nyawa hilanglah badan Lamun hati terkenal pulang Gunung tinggi diliputi awan Berteduh langit malam dan siang Terdengar kampung memanggil taulan Rasakan hancur tulang belulang Habislah tahun berganti jaman Badan merantau sakit dan senang Membawakan diri untung dan malang Di tengah malam terjaga badan Terkenang bapak sudah berpulang Berteduh selasih kemboja sebatang 2. Gamelan. Tersimbah hati melihat bulan, Diiringi awan kanan dan kiri; Bagaikan benda berseri baiduri, Sedangkan bintang timbul-timbulan. Di waktu purnama berjalan-jalan Seorang sahaja sayang sendiri; Digundah lagi di malam hari, Turun naik bunyi gamelan. Lamalah sudah, padam suara, Dibawa angin ke mana tujunya. Kemudian hilang dalam udara. Entah di mana sekarang duduknya, Tetapi hatiku tiada terkira; Siang dan malam dimabuknya 3.Gembala. Perasaan siapa tidak kan nyata Melihatkan anak berlagu dendang Seorang sahaja di tengah dendang Tiada berbaju buka kepala Beginilah nasib anak gembala Berteduh di bawah kayu nan rindang Semenjak pagi meninggalkan kandang Pulang ke rumah di senja kala Jauh sedikit sesayup sampai Terdengar olehku bunyi serunai Melagukan alam nan elok permai Wahai gembala di segara hijau Mendengar puputmu menurutkan kerbau Maulah aku menurutkan dikau 4. Perasaan. Hatiku rawan bercampur hibur Mendengarkan riak desir-mendesir Menuju ke pantai di tepi bergisir Berlagu dendang sumber-menyumber. Ombak bergulung hambur-menghambur Mencari tepi tanah pesisir Lalu terhempas di padang pasir Buih berderai, putih bertabur. Duduk begini di bulan terang Mendengarkan gelombang memecah di karang Rasakan putus jantungku gerang Setelah selebu sedemikian menyerang Terdengarlah suara merdu menderang: ‘Perasaan tinggi pemuda sekarang’ 5. Gubahan. Beta bertanam bunga cempaka Di tengah halaman tanah pusaka, Supaya selamanya, segenap ketika Harum berbau, semerbak belaka. Beta berahu bersuka raya Sekiranya bunga puspa mulia Dipetik handaiku, muda usia Dijadikan karangan, nan permai kaya Semenjak kuntuman, kecil semula Beta berniat membuat pahala, Menjadikan perhiasan, atas kepala. O Cempaka, wangi baunya Mari kupetik seberapa adanya Biar kugubah waktu la’i muda.
Share this post :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Arman juanda | Arman Juanda Template
Copyright © 2011. DETIK WO®LD™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Detik World Template
Proudly powered by Blogger